Cari Blog Ini

Sabtu, 6 Julai 2013

Kebaikan | kahsiat | Manfaat Alfalfa Shaklee

Kebaikan Alfalfa Shaklee........


Alfalfa, mesti ramai yang pernah dengar cuma masih tak tahu kelebihan dan khasiat alfalfa.
Alfalfa digelar raja segalah tumbuhan kerana 1001 khasiatnya yang telah diperakui sejak berkurun lamanya.

Alfalfa adalah tumbuhan kekacang yang berakar panjang yang boleh menyerap banyak zat makanan yang jauh ke dalam Tanah. Ia kaya dengan mineral dan vitamin dan mengandungi asid organic, asid amino bebas, bukan protein asid amino (seperti canavinine), strachydrine, coumarins, isoflavonoids, saponin dan steroid seperti b-sitosterol, campesterol, stigamsterol dan lain-lain. Ia mengandungi vitamin A, D, E dan K serta klorofil dan karotena dan mineral seperti kalium, kalsium, magnesium. Ia menjadi sumber untuk banyak vitamin yang penting seperti Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niasin (B3), Piridoksin (B6) dan zink, Iron dan Asid pantotentik.
 
Alfalfa bertindak sebagai anti bekteria, anti radang, antivirus dan antiseptic dalam perubatan dan ia berkeupayaan untuk membuang toksin di dalam badan secara semulajadi dengan bertindak sebagai julap lembut.
 
Khasiat-khasiat tersebut boleh didapati dari daun, pucuk dan benih alfalfa itu sendiri. semua bahagian dari alfalfa dapat dimanfaatkan dengan baik sekali.

Manfaat Dan Kelebihan Alfalfa
  • Menurunkan Paras Kolestrol
Terdapat bukti Klinikal yang menyakinkan bahawa alfalfa merendahkan paras bacaan kolestrol. Dalam beberapa kajian, suplemen alfalfa mengurangkan paras kolesterol dalam darah, terutama bagi individu dengan jenis kolesterol tinggi yang dikenali sebagai hyperlipoproteinemia jenis ll. Alfalfa bertindak menghalang agar kolestrol tidak melekat dan tertinggal pada dinding saluran darah. Malah yang lebih baik menarik ia menurunkan kolesterol buruk (LDL) dan meninggalkan kolesterol baik (HDL) sahaja.
 
Walau bagaimanapun, memakan sejumlah besar alfalfa percaya perlu untuk keputusan ini juga boleh menyebabkan kepada sel-sel darah merah.sila dapatkan khidmat konsultasi dari pengedar sah anda.
  • Mengawal Diabates
Alfalfa bertindak dengan menurunkan paras gula dalam darah.
  • Mencegah Penyakit Jantung Dan Strok
Universiti Michigan melaporkan bahawa saponin yang terkandung dalam alfalfa boleh menghalang penyerapan kolestrol dan menghalang pembentukan plak di dalam arteri seterusnya membantu dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular termasuk serangan jantung dan strok.
  • Athritis
Alfalfa sarat dengan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus, dan kalium. Alfalfa mempunyai fungsi detoksifikasi yang akan membersihkan dan mengeluarkan asid dari darah yang membawa kepada penyakit artritis, Ia membantu mengurangkan keradangan, meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan bengkak.
  • Asthma
Alfalfa membantu mencegah serangan asma secara semulajadi. Alfalfa mengandungi sifat anti-radang, yang diperlukan untuk membantu mencegah saluran pernafas daripada menjadi radang dan menghalang kesesakan nafas.
  • Allergy / Eczyma
Alfalfa mengandungi protein, yang membantu pertumbuhan sel dan tisu dalam badan. Ia juga bertindak sebagai detoksifikasi semulajadi dan agen antioksidan. Atas sebab ini alfalfa dapat meredakan kulit gatal yang sering dikaitkan dengan eczema.
  • Merawat Buah Pinggang, Pundi Kencing Dan Prostat
Alfalfa berperanan dalam mencegah dan merawat keadaan buah pimggang, pundi kencing dan prostat kerana herba ini bertindak sebagai diuretic semulajadi yang membantu pengeluaran sisa.
  • Sinus / Resdung
Sinus, kesesakan pada rongga hidung dan paru-paru biasanya disebabkan oleh jangkitan, alergi atau reaksi alahan kepada makanan. Ia juga berpunca dari hasil kerosakan tisu daripada pendedahan toksin. Pembentukan cecair dan rembesan mucus adalah disebabkan oleh pembebasan histamine yang berlebihan, yang mengembangkan darah dan saluran limfa dan membawa kepada rembesan mucus daripada sel-sel piala dalam membrane mucus. Benih dan pucuk alfalfa mengandungi sebatian tumbuhan yang antihistamin dan mempunyai kesan menenangkan pada membrane mucus. Tambahan pula, bahan antimikrob daun alfalfa membantu dalam melegakan kesesakan rongga hidung yang disebabkan oleh bakteria atau jangkitan virus atau kulat.
  • Milk Booster
Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat berkhasiat dan sangat tinggi dalam vitamin, mineral penting dan mikronutrien lain. Ia mampu meningkatkan bekalan susu dalam penyusuan susu ibu. Asa Hershoff dan Andrea Rotelli, penulis Herbal Remedies : A Quick and Easy to Common Disorders and Their Herbal Remedies berpendapat bahawa alfalfa merangsang pengeluaran susu, meningkatkan kedua-dua kualiti dan keantiti susu ibu.
  • Badan Dan Nafas Berbau
Alfalfa mengandungi klorofil. Ia bertindak dengan menghapuskan bau badan, melawan jangkitan dan bakteria secara semulajadi.
  • Masalah Dalaman Wanita (KEPUTIHAN)
Keputihan adalah lendiran putih yang normal dialami oleh kaum wanita. Simptom keputihan yang berbau, mempunyai warna dan memyebabkan gatal adalah disebabkan jangkitan kulat. Alfalfa bertindak sebagai antiseptic yang melawan jangkitan dan bakteria dan melegakan kegatalan.

Siapa yang TIDAK boleh ambil alfalfa?
  • Pesakit SLE (systemic lupus erythematosus)
  • Mereka yang mengambil ubat untuk menurunkan kadar gula seperti pesakit diabetes yang mengambil insulin.
  • Mereka yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan imuniti.
Alfalfa hendaklah diambil berasingan dengan vitamin2 seperti vitamin E, zat besi, potassium kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan badan menyerap zat terbabit.

Hubungi saya, Norazmah omar ,my ID 931729, sms atau whatsapp 014-6740406 dan  emel ke norazmahomar@ymail.com untuk  dapatkan harga yang lumayan dari saya

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, memyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

1 ulasan: